Thursday, 26 January 2012

BUAH DELIMA



Jus buah delima mengandungi Anti-Pengoksidaan yang lebih daripada teh hijau, jus blueberry , jus canberry atau jus oren. Ia amat berkesan untuk membersihkan plak dari dinding dalaman arteri. Ia telah digunakan dalam bidang perubatan selama beribu-ribu tahun untuk :

-Strok
-Kencing manis
-Menentang bakteria & jangkitan kulat
-Gangguan tekanan darah
-Pelbagai jenis masalah usus
-Pencegahan pembekuan darah
-Pencegahan serangan sakit jantung

BUAH BLUEBERRY



Buah blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Perubatan traditional memberitahu kita bahawa Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk :

-Anti penuaan
-Kencing manis
-Keletihan mata
-Menentang kanser serviks /payudara
-Perlindungan sistem jantung
-Peningkatan selera makan
-Peningkatan daya ingatan
-Menyokong saluran darah
-Jangkitan saluran air kencing
-Pengurangan kolestrol

WOLFBERRY



Selama beribu-ribu tahun di negeri China, ia dikenali sebagai "Herba panjang umur". Ia membekalkan Anti-Pengoksidaan dan polysaccharides, serta menunjukkan peningkatan aktiviti sistem daya tahanan. Sejarah sains telah membuktikan Gojiberry /

Wolfberry boleh mencegah :

-Keletihan kronik
-Penyakit kulit
-Sakit kepala
-Sakit sendi-sendi / sengal-sengal tulang
-Kencing manis
-Kerosakan DNA
-Kanser
-Masalah fungsi seksual
-Masalah pengaliran saluran darah
-Insomnia (sukar untuk tidur)

BUAH KIWI



Buah kiwi kaya dengan phytonutrients serta pelbagai vitamin dan mineral . Ia terkenal sebagai alternatif kepada aspirin untuk mencairkan darah demi perlindungan kesihatan sistem jantung. Kanak-kanak yang mengambil buah kiwi didapati kurang dipengaruhi oleh masalah kesihatan berkaitan dengan sistem pernafasan termasauk berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam . Buah kiwi biasanya digunakan untuk :

-Melindungi DNA daripada radikal bebas
-Pengawalan tahap gula dalam darah
-Mengurangkan triclycerides dalam darah
-Pencegah kanser kolon/ kanser kulit/ prostate
-Pengawalan kolestrol
-Menyingkirkan toksinkolon

CAMU CAMU BERRY



Buah camu camu berry merupakan sumber vitamin C semula jadi yang paling kaya di dunia ini. Kandungannya dinilai sebanyak 30-60 kali lebih tinggi untuk memperkuatkan sistem daya tahanan dan memperbaiki tisu penghubung. Ia didokumenkan mempunyai daya keupayaan sebagai Astrigent, Anti-Pengoksidaan dan Emollient terhadap :

-Jangkitan virus
-Kemunduran macular
-Selsema
-Masalah gusi

BUAH PRUN



Buah Prun merupakan buah plum yang dikeringkan . Ia kaya dengan minerals dan polyphenol, mempunyai nilau ORAC yang amat tinggi. Proses pengeringan sebenarnya meningkatkan daya Anti-Pengoksidaan lebih daripada 6 kali ganda. Buah Prun mempunyai daya pemulihan seperti:

- Menentang jangkitan
-Penyakit sistem jantung
-Pengurangan kolestrol
-Kencing manis
-Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
-Penyakit Diverticular
-Pengurangan risiko tanggungan estrogen kanser
-Merangsangkan kepadatan tulang
-Kesihatan hati
-Pembersihan usus perut

BUAH ANGGUR UNGU



 

Buah anggur ungu mengandungi Resveratrol, sejenis agen Anti-pengoksidaan yang menentang kanser dengan berkesan. Jus buah anggur memberikan kebaikan seperti berikut :

-Anti-penuaan
-Anti-inflamasi
-Kelenturan arteri
-Kesihatan sistem jantung
-Pencegahan kanser prstat
-Anti-bakteria/virus
-Anti-pengoksidaan
-Kesihatan otak, kulit , mata
-Kesihatan gastric